Kontraktor didakwa bunuh lelaki depan rumah - Utusan Malaysia

Kontraktor didakwa bunuh lelaki depan rumah

TERTUDUH, Tuan Mohamad Ridzwan Tuan Mohamad (dua dari kiri) diiringi oleh polis semasa hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah rumah kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Tuan Mohamad Ridzwan Tuan Mohamad, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Tuan Mohamad Ridzwan didakwa membunuh Che Sobrie Che Ali, 37.

Perbuatan itu dilakukan olehnya kira-kira pukul 9.30 malam hingga 10 malam di Kampung Saring di sini pada 1 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd. Ikram Wan Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 12 April depan untuk sebutan semula kes.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dipercayai dipukul dengan menggunakan objek tumpul di hadapan sebuah rumah di sini pada 1 Ogos 2021.

Mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di kawasan itu kira-kira pukul 9.30 malam.

Sehubungan itu polis memburu salah seorang daripada lima suspek iaitu Tuan Mohamad Ridzwan atau lebih dikenali sebagai Iwe Telosan yang berasal dari Kampung Telosan, Pasir Puteh.

Polis sebelum itu telah menahan empat lelaki berusia antara 34 hingga 44 tahun untuk membantu siasatan selepas mereka mengaku berada di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya