Kereta mewah rempuh tiga kereta di parkir, dipercayai mabuk

Kereta mewah rempuh tiga kereta di parkir, dipercayai mabuk

TANGKAP Layar rakaman video tular di aplikasi TikTok memaparkan pemandu kereta mewah itu hampir dibelasah pemilik kereta yang dirempuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pemandu kereta mewah dipercayai mabuk merempuh tiga kereta lain dalam kejadian di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.50 malam di parkir valet IOI City Mall itu, kereta mewah jenis Porshe, Porsche 911 Carrera dipandu seorang lelaki dikatakan terlebih dahulu terlanggar penghadang jalan dan hilang kawalan sebelum merempuh tiga kereta lain.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain, Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang berada di sebelah kiri kotak parkir valet.

“Kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta.

“Lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala selain permukaan jalan rata dan kering,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik kereta, namun pemilik kereta mewah itu belum dirakam keterangan setakat ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti sistem rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian termasuk meminta saksi kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengiku Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah,” katanya.

Sebelum ini, rakaman video kejadian itu tular di aplikasi TikTok yang memaparkan pemandu kereta mewah itu hampir dibelasah pemilik kereta yang dirempuhnya namun, berjaya ditenteramkan oleh polis.- UTUSAN

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.