Keputusan status Islam bukti iktiraf kuasa Mahkamah Syariah - Utusan Malaysia

Keputusan status Islam bukti iktiraf kuasa Mahkamah Syariah

ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keputusan mahkamah membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor berkaitan status agama Islam seorang wanita disifatkan sebagai pengukuhan pengiktirafan kuasa Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan negara.

Justeru, MAIS menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya berkaitan kes melibatkan wanita berusia 37 tahun yang merupakan responden dalam prosiding tersebut, hari ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, ibu responden mendaftarkan pengislaman itu ketika masih kecil dan perakuan memeluk Islam dikeluarkan pada 17 Mei 1991.

“Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Julai 2017 memuktamadkan wanita yang didaftarkan sebagai mualaf itu satu keputusan yang mengikat responden. 

“Responden kemudian memfailkan permohonan pengisytiharan bahawa dia bukan seorang Islam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan namun ditolak. Pada 2021, dia merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan namun turut ditolak dan mengekalkan keputusan terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, Mahkamah Rayuan turut bersetuju bahawa cabaran terhadap keputusan Mahkamah Syariah itu ke Mahkamah Tinggi Sivil bersifat ‘res judicata’ dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Selain itu, Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam diputuskan tidak boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan. Perkara itu bercanggah dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan dan responden kekal sebagai seorang yang beragama Islam,” ujarnya.

Justeru, kata Abdul Aziz lagi, MAIS menasihatkan rakyat supaya tidak menyalahgunakan proses mahkamah dan sentiasa menghormati kedudukan Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan.

Terdahulu, MAIS dan kerajaan Selangor berjaya dalam rayuan untuk mengembalikan status agama Islam wanita itu dengan keputusan majoriti 2-1, panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md. Sam membenarkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama.

Keputusan majoriti itu disampaikan secara dalam talian daripada Yaacob dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, namun Datuk P. Ravinthran memberikan penghakiman bertentangan.

Mohd. Nazlan berkata, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan wanita itu masih beragama Islam dan ia adalah kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

MAIS diwakili Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda manakala kerajaan negeri diwakili Datuk Salim Soib dan Husna Abd Halim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya