Keadaan tenang di Sabah - Anwar

Keadaan tenang di Sabah – Anwar

Anwar Ibrahim (kanan) beramah mesra bersama orang ramai ketika meluangkan masa makan tengah hari di Kedai Ikan Bakar Tangling di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan berlaku pergolakan politik Sabah ketika ini membabitkan cubaan menggulingkan pentadbiran sedia ada kerajaan negeri.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menghubungi pemimpin Parti Warisan (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu yang mana beberapa isu dibincangkan. 

“Saya telah hubungi semua, Datuk Seri Hajiji Noor (Ketua Menteri), Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah).

“Malah perbincangan dilakukan dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN) dan Anthony Loke ( Setiausaha Agung DAP).

“Nampaknya keadaan tenang sementara ini dan fikir tiada apa-apa gejolak yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya