Kaji semula sistem perlindungan harta intelek - Nadiya Nisaa - Utusan Malaysia

Kaji semula sistem perlindungan harta intelek – Nadiya Nisaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadiya Nisaa, 37, berharap kerajaan dapat memperbaiki sistem perlindungan harta intelek melibatkan penggiat seni negara ini yang pada pandangannya, masih lemah.

Kata pelakon filem Harum Malam itu, sistem yang diguna pakai ketika ini disifatkan kurang memberi kebaikan kepada golongan tersebut dan perlu dikaji semula.

“Penggiat seni masih berdepan pelbagai isu dan kekangan untuk membuat tuntutan royalti atau bayaran terhadap kerja seni mereka. Hasil kerja anak seni hanya dibayar sekali, meskipun karya mereka berulang kali ditayangkan di televisyen atau diperdengarkan radio.

“Seperti kebanyakan negara lain, kita juga memerlukan badan pelindung seperti Screen Actors Guild yang berperanan melindungi hak penggiat seni secara keseluruhan.

“Sistem seperti ini tidak pernah dilaksanakan sejak zaman Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lagi. Jadi, saya harap pembaharuan dapat dilakukan untuk manfaat dan keadilan penggiat seni di negara ini,” katanya.

Nadiya juga berharap penggiat seni dapat bersatu agar isu berbangkit seperti royalti dan hak harta intelek dapat disuarakan dengan lebih berkesan kepada pihak pemerintah.

“Setakat ini, kita tidak bersatu kerana masing-masing mahu menjaga periuk nasi sendiri. Saya faham perkara itu.

“Tetapi, industri kita kecil, mahu atau tidak kita kena bersatu supaya apa juga masalah yang penggiat seni hadapi dapat disuarakan dan didengar oleh kerajaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.