JPJ Perlis keluarkan 503 notis menerusi Ops TBC 2023 - Utusan Malaysia

JPJ Perlis keluarkan 503 notis menerusi Ops TBC 2023

ANTARA kenderaan yang diperiksa dalam Ops TBC 2023 yang dilaksanakan JPJ negeri secara bersepadu bersama beberapa agensi di sekitar Arau, Perlis semalam.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sejumlah 503 notis telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 yang dilaksanakan bermula 18 Januari sehingga semalam.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 191 kenderan telah dikenakan tindakan penguatkuasaan membabitkan 424 kesalahan.

Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, berdasarkan pemeriksaan dilakukan, sebanyak 63 buah kenderaan turut disita selepas dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan jalan raya menerusi ops berkenaan.

“Kesalahan tertinggi adalah melibatkan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh melibatkan sebanyak 96 notis manakala 84 notis membabitkan perlindungan insurans dan 91 kes kesalahan teknikal.

“Walaupun pelbagai program pendidikan dan advokasi telah dilakukan namun masih ramai lagi yang tidak mengambil berat terhadap kesalahan-kesalahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Setia JPJ Negeri Perlis Bulan Januari 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, sepanjang Ops TBC 2023 dilaksanakan, JPJ negeri turut menggunakan kaedah penyamaran sebagai penumpang di dalam bas ekspres bagi memastikan setiap pemandu mematuhi peraturan ditetapkan.

Katanya, pemantauan turut dilaksanakan menerusi Enforcement Based Station (EBA) di lokasi tumpuan selain melakukan rondaan sekitar laluan utama jalan Persekutuan.

“Di samping itu, Ops Khas Motosikal serentak di seluruh negara turut dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, JPJ turut memberi fokus terhadap tujuh kesalahan utama sepanjang Ops TBC 2023 meliputi memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Tambahnya, seluruh pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan tatacara pemanduan berhemah agar dapat mewujudkan suasana selamat di jalan raya.

“Kita perlu sama-sama berazam dan berusaha bagi mengurangkan kemalangan jalan raya dan menjadikan jalan raya lebih selamat untuk kita dan keluarga kita semua,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.