JPJ Kelantan keluar 320 saman dalam Op TBC

JPJ Kelantan keluar 320 saman dalam Op TBC

ANGGOTA JPJ melakukan pemeriksaan Ops TBC di Jalan Pasir Hor, Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/IHSAN JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 320 notis saman kepada pengguna lalu lintas atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu sempena Op Tahun Baharu Cina (TBC) di Jalan Pasir Hor, Padang Enggang, semalam.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ia melibatkan lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu dan lain-lain kesalahan teknikal. 

“Pada masa sama, JPJ Kelantan turut menyita 25 buah kenderaan disita yang melakukan kesalahan berkaitan LKM tamat tempoh dan pemandu warga asing.

“Fokus operasi bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-kaedah di bawahnya,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Misuari memberitahu, selain itu polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, menerusi operasi itu JIM menahan dua warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih tempoh ditetapkan.

“Pihak AADK turut membuat saringan air kencing keatas pemandu serta mengesan tiga individu positif dadah. Selain itu sebanyak 26 notis saman telah dikeluarkan polis kepada pemandu yang melakukan kesalahan trafik. 

“JAS pula mengeluarkan satu notis kepada pemilik kenderaan kerana kesalahan ubah suai ekzos dan JPN memeriksa 35 Mykad,” ujarnya.

Mohd. Misuari berkata, Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat melaksanakan advokasi dengan memberi topi keledar, baju keselamatan dan pelekat keselamatan pantulan cahaya kepada penunggang motosikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya