Jenazah Abdul Rani dikebumi di Meru - Utusan Malaysia

Jenazah Abdul Rani dikebumi di Meru

Abdul Rani
ALLAHYARHAM Dr. Abdul Rani Osman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jenazah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Allahyarham Dr. Abdul Rani Osman dijangka dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Mohd. Sharif di Meru, Klang pada tengah hari ini.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, jenazah kini berada di Masjid As-Syarif, Meru untuk disolatkan.

“Jenazah akan disemadikan di Tanah perkuburan As Syarif Meru. Jenazah baru sampai masjid untuk disolatkan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, Dr. Abdul Rani Osman, meninggal dunia pagi tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Banting.

Berita pemergian allahyarham dimaklumkan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, yang merakamkan ucapan takziah dan dukacita di atas pemergian Dr. Abdul Rani yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

“Moga keluarga dan sahabat handai seperjuangan tabah dan sabar di atas pemergian insan tercinta,” ucapnya.

Dr. Abdul Rani, 65 yang berkelulusan M.B.CH.B daripada Tanta Universiti, Mesir telah memenangi Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru.

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya