Bekas ADUN Meru meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Meru meninggal dunia

Abdul Rani
ALLAHYARHAM Dr. Abdul Rani Osman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, 65, kembali ke rahmatullah pada pagi, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Banting.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, merakamkan ucapan takziah dan dukacita di atas pemergian Almarhum.

“Moga keluarga dan sahabat handai seperjuangan tabah dan sabar di atas pemergian insan tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rani yang berkelulusan M.B.CH.B daripada Tanta Universiti, Mesir telah memenangi Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru.

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya