Jari kanak-kanak tersepit penutup tempat basuh tangan - Utusan Malaysia

Jari kanak-kanak tersepit penutup tempat basuh tangan

KEADAAN kanak-kanak yang jarinya tersepit pada penutup tempat basuh tangan di Kampung Jana Baru, Kamunting, Taiping hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang tersepit pada penutup tempat basuh tangan di Kampung Jana Baru, Kamunting di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Mohd. Fakrul Radzi Bemawi berkata, sepasukan tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.48 petang.

Katanya, setibanya di tempat kejadian didapati kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu telah tersepit jari tangan kanannya pada penutup tempat basuh tangan.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong penutup tempat basuh tangan itu. Operasi mengambil masa kira-kira lima minit.

“Kanak-kanak itu mengalami luka kecil pada jari telunjuk dan diberikan rawatan awal oleh anggota. Operasi yang diketuai komander operasi, Abdul Karim Bari itu tamat pada pukul 6.08 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya