Isu ceramah MUDA: Serah polis siasat

Isu ceramah MUDA: Serah polis siasat

SAIFUDDIN Nasution Ismail bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023 di KDN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak akan campur tangan berhubung siasatan kes pembantu Ahli Parlimen Bentong, Noor Suhana Ishak dan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Farhan Iqbal.

Sebaliknya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyiasat lanjut kes berkenaan.

“Saya serahkan kepada kebijaksaan polis untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang mereka rasa sesuai. Saya tidak berhajat untuk mencampuri perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Amanat Tahun Baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Semalam, Noor Suhana dan Farhan dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan hantaran di Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Noor Suhana berkata, dia dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala Farhan pula di IPD Putrajaya hari yang sama.

Pada 17 Oktober tahun lalu, media melaporkan ceramah MUDA dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor.

Dua klip video tular masing-masing berdurasi satu minit 31 saat dan 45 saat memperlihatkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang menganggu ceramah MUDA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya