Isteri tidak berdosa larang suami berpoligami elak berlaku zalim

Isteri tidak berdosa larang suami berpoligami elak berlaku zalim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hukum berkahwin lebih seorang isteri atau poligami yang asalnya adalah harus boleh berubah kepada sunat, makruh dan haram apabila mengikut situasi tertentu.

Demikian ditegaskan tokoh agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi satu hantaran dalam laman sosialnya yang tular diperkatakan ramai warganet sejak semalam.

Dengan memaparkan infografik bertajuk ‘Poligami dan Hak Isteri Untuk Tidak Bersetuju’, beliau melalui kapsyen menukil soalan ini pernah dijawab semasa pernah menjadi mufti.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu malahan melampirkan pautan daripada laman sesawang beliau, ‘Maktabah Al-Bari’ bagi mengupas isu tersebut.

“Tidak menjadi kesalahan bagi isteri bertindak mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab tertentu,” jelas Zulkifli menerusi pautan itu.

Meskipun tidak pula merujuk secara spesifik kepada mana-mana kes, nukilan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan dipercayai mengupas isu poligami panas sepasang selebriti.

Ia susulan kisah perkahwinan kontroversi oleh Syamsul Yusof dengan kekasihnya, Ira Kazar secara senyap di selatan Thailand tanpa memaklumkan isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Hantaran beliau itu turut menerima lebih 2,200 tanda suka, sebahagian besanya netizen wanita; selain dikongsi hampir 400 kali dan juga meraih puluhan komen warganet tempatan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, tidak berdosa jika si isteri itu melarang suami berpoligami sekiranya dibuat atas dasar nasihat, syura demi mengelakkan berlaku kezaliman haknya.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menasihatkan masyarakat agar sentiasa mendidik wanita menjaga hak mereka daripada ditindas atau dilanggar pasangannya,” tegas beliau.

Seseorang isteri ujarnya, yang tahu dirinya itu akan dimadukan atau telah pun dimadukan, perlu memastikan haknya seperti nafkah ditentu mengikut uruf dan persetujuan bersama.

Berhubung isu bantahan daripada isteri, beliau berkata, tidak salah menghalang suaminya jika poligami itu mengakibatkan ketidakadilan nafkah dan pembahagian hari bersama.

Bahkan, Zulkifli berkata, hukum poligami akan menjadi haram pula jika diyakini suami itu tidak mampu berlaku adil, berat sebelah, pilih kasih atau menyebabkan isu kemudaratan.

Bagaimanapun, dari sudut fiqh, ia boleh menjadi sunat jika lelaki itu tidak dapat menjaga syahwat daripada zina, maksiat, isteri sakit teruk, mandul serta yakin boleh berlaku adil.

“Ia juga boleh menjadi makruh sekiranya mahu berlazat-lazat berhibur, atau berasa tidak yakin kemampuan berlaku adil antara isteri-isteri malah sunat tidak berpoligami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya