Hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok

Hujan lebat dijangka berterusan hingga esok

hujan

PETALING JAYA: Keadaan hujan yang berlaku di seluruh negara sejak minggu lalu dijangka berterusan hingga esok khususnya membabitkan empat negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

Menurut jabatan itu, diramalkan hujan berterusan di Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sabah pula yang melibatkan Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula melibatkan kawasan-kawasan seperti Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Tangkak dan Muar), Sarawak (Sri Aman, Sarikei, Pakan, Julau, Sibu, Bintulu, Tatau, Sebauh, Miri dan Sabah (Sandakan dan Tongod).

“Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1300221638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN