Hidupkan pekan Lama Cina Padang Besar seperti ‘China Town’ Petaling Street - Utusan Malaysia

Hidupkan pekan Lama Cina Padang Besar seperti ‘China Town’ Petaling Street

IZIZAM Ibrahim (lima dari kiri) menerima kunjungan komuniti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perlis di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pekan Lama Cina di Padang Besar sesuai dibangunkan seolah-olah seperti ‘China Town’ Petaling Street sekali gus bakal menghidupkan suasana malam di lokasi pelancongan popular itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, menerusi kerjasama peniaga di kawasan tersebut dan mana-mana pihak, hasrat tersebut boleh direalisasikan.

Katanya, Padang Besar sudah terkenal sebagai lokasi pelancongan popular dan apabila diwujudkan aktiviti perniagaan pada sebelah malam ia bakal memeriahkan lagi kawasan itu.

Ujarnya, pada masa ini, antara yang menyambut baik cadangan itu adalah seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina negeri yang boleh memberi kerjasama dalam merealisasikan kewujudan ‘China Town’ itu.

“Para peniaga dan komuniti setempat juga boleh cari makan jika wujudnya aktiviti perniagaan pada sebelah malam selain merancakkan suasana malam Padang Besar.

“Kita akan melihat cadangan ini dan berbincang mengenainya. Kerjasama mana-mana pihak untuk merealisasikan hasrat itu juga amat dialu-alukan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan komuniti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perlis di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perlis, Koay Chee Khoon.

Tambah Izizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, beliau melihat potensi cukup besar kawasan tersebut dihidupkan dengan aktiviti perniagaan seperti itu.

“Jika ada aktiviti malam di Padang Besar ini, para pelancong juga boleh datang ke sini bukan hanya mengunjungi Padang Besar pada sebelah siang sahaja.

“Dengan bakal beroperasi Kompleks beli-belah Pavilion sehingga pukul 9 malam selepas ini juga akan membantu merancakkan kawasan berkenaan pada sebelah malam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya