Gopal Sri Ram meninggal dunia - Utusan Malaysia

Gopal Sri Ram meninggal dunia

GOPAL SRI RAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Memetik FMT, Gopal yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan, dimasukkan ke hospital berkenaan dua minggu lalu bagi menerima rawatan, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Pada 23 November tahun lalu, ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.

Namun, pada 18 Januari lalu, beliau yang menjadi ketua pendakwaan bagi kes 1MDB, menerima rawatan di hospital kerana jangkitan paru-paru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya