PETALING JAYA: Kerajaan perlu lebih agresif memanfaatkan pakar ekonomi di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara bagi mencari alternatif mengurangkan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Ini kerana formula sedia ada yang digunakan dalam membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga barang perlu diubah ekoran ia sudah tidak lagi relevan dengan situasi semasa ekonomi dunia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi,…










