Gagal tunjuk kad pekerja punca pertengkaran - Utusan Malaysia

Gagal tunjuk kad pekerja punca pertengkaran

A. SIVANESAN (depan, tengah) bersama penerima geran tanah pada program Penempatan Tapak Lot Kediaman di RPT Bemban Rakyat di Batu Gajah hari ini. UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Gagal menunjukkan kad pekerja menjadi punca pertengkaran di antara seorang lelaki yang merupakan kakitangan sebuah hospital di Ipoh dan seorang pengawal keselamatan yang mana rakaman video kejadian itu tular dalam media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Kesihatan negeri mengenai kejadian itu dan dimaklumkan individu tersebut merupakan seorang radiografi sebuah hospital di sini dan pengawal keselamatan.

Menurutnya, pertengkaran berlaku apabila seorang pengawal keselamatan yang bertugas meminta petugas tersebut menunjukkan kad kakitangan namun lelaki itu gagal berbuat demikian.

“Kejadian ini berpunca daripada kekeliruan yang berlaku di antara mereka dan mereka telah dipanggil untuk tunjuk sebab tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Kita akan siasat siapa yang salah dan mereka akan diminta untuk tunjuk sebab. Kita tidak akan berdiam diri jika berlaku kejadian seperti ini dalam kalangan penjawat awam ataupun penjawat awam dan orang awam.

“Setakat ini, mereka masih bekerja sehingga mereka memberi surat tunjuk sebab,” katanya kepada pemberita pada penyerahan geran tanah Program Penempatan Tapak Lot Kediaman di RPT Bemban Rakyat di sini hari ini.

Semalam, tular sebuah video berdurasi empat minit memaparkan seorang lelaki dipercayai kakitangan hospital tersebut  bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Ipoh.

Sementara itu, Sivanesan berkata, kes penyakit demam babi Afrika (ASF) di negeri ini masih terkawal yang membabitkan dua daerah iaitu sebuah ladang di Bidor, di daerah Batang Padang dan dua lagi di Sungai Siput, di daerah Kuala Kangsar.

“Setakat ini, penyakit ini tidak tersebar di kawasan lain dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Kesihatan negeri sentiasa melakukan pemantauan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana penyakit ini tidak merebak kepada manusia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya