Ewon Benedick ambil alih jawatan Presiden UPKO

Ewon Benedick ambil alih jawatan Presiden UPKO

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kini diterajui oleh Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu mengambil alih jawatan Presiden UPKO daripada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti.

Timbalan Presiden UPKO pula kekal dipegang oleh Datuk Donald Mojuntin apabila menang tanpa bertanding kerana tiada calon lain bertanding bagi jawatan tersebut.

Lima Naib Presiden pula ialah Datuk Pengiran Lalung, Datuk Basari Sarkun, Datuk Wong Thien Fook, Datuk Laurentius Ambu dan Fairuz Bandar.

Sementara itu, 16 Ahli Majlis Tertinggi turut dilantik dan kesemua mereka menang tanpa bertanding apabila ada calon yang menarik diri pada saat akhir.

Kesemua jawatan tertinggi parti yang dipertandingkan menang tanpa bertanding kerana tiada calon lain serta ada calon yang menarik diri.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO ialah Junsim Ruminzing, Junik Bajit, Jamil Majingkin, Fauziah Kudus, Jubilin Kilan, Marcel Tambud, Mat Lunad Aguk, Macquel Sagundai George, Carl Moosom, Conrad Wong, Terrence Lee Swee Hong, Patrick Epin, Benjamin Taine, George Sidis Majamin dan Benjamin Talah.

Sementara itu, jawatan lain yang dipilih melalui lantikan masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas Presiden dilaksanakan secara online pada Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang semalam.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan ucapan penggulungan secara online kerana menghadiri majlis rasmi Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana Putrajaya. utusan 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.