Dua lelaki serang pekerja restoran angkara ditegur bising

Dua lelaki serang pekerja restoran angkara ditegur bising

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berang kerana ditegur membuat bising di restoran di Taman Segar Perdana, Cheras, seorang lelaki bersama rakannya menyerang pekerja di situ dengan parang, kelmarin.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima satu maklumat daripada seorang wanita memaklumkan terlihat dua lelaki bersenjatakan parang menetak tangan lelaki berusia 46 tahun di hadapan restoran makan di Taman Segar Perdana, Cheras, di sini pada pukul 9.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek sebelum itu tidak berpuas hati dengan mangsa yang juga pekerja di restoran itu menegurnya membuat bising apabila minuman yang dipesan lewat dihantar.

Katanya, suspek kemudian dihalau keluar dari restoran menyebabkan dia datang semula membawa senjata parang dan menyerang mangsa bersama seorang lagi rakan suspek.

“Dalam kejadian ini, mangsa patah tulang jari telunjuk kiri dan luka di lutut kaki kanan.

“Susulan itu, pihak polis telah menahan dua suspek berusia 44 dan 47 tahun di Taman Cheras Permata, Kajang pada pukul 3 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, turut dirampas, dua parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

Ujar beliau, suspek kini direman selama lima hari sehingga 22 Januari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Seorang daripada suspek didapati positif dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.