Dua bekas PM, bekas Menteri disaman cuai 

Dua bekas PM, bekas Menteri disaman cuai 

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua bekas Perdana Menteri disaman berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan dituntut untuk membayar ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia.

Plaintif, Mohd. Hatta Sanuri memfailkan saman tersebut Disember 2022 dan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2 Februari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Menurut penyataan tuntutannya, Mohd. Hatta mendakwa, dia memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Plaintif mendakwa, Dr. Mahathir telah melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin ketika menjadi Perdana Menteri pula didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan menyebabkan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia perlu RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara kedua-dua kerajaan.

Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Sehubungan itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah.

Mohd. Hatta turut menuntut deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pada 19 Februari 2013, Najib dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura telah bersetuju secara rasmi untuk melaksanakan projek HSR, yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Projek tersebut akan ini antara lain akan membolehkan pengguna pengangkutan itu menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit.

Bagaimanapun, pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya