Dakwaan pengundi18 tidak matang, tidak benar

Dakwaan pengundi18 tidak matang, tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan kononnya golongan berusia 18 tahun  (Undi18) tidak matang dalam mengundi adalah tidak benar.

Persatuan Undi Muda (Undi18) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut berikutan dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang ketika berbahas dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Undi18, kenyataan Norma Awang tersebut adalah berunsur diskriminasi terhadap golongan pengundi berumur 18 hingga 20 tahun terutamanya bagi yang pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas dengan  melabelkan golongan itu sebagai tidak matang dalam membuat keputusan sebelum mengundi.

“Untuk rekod sekitar 5.8 juta pengundi baharu layak mengundi untuk PRU-15 apabila pendaftaran secara automatik dan had umur minimum diturunkan kepada usia 18 tahun.

“ Namun begitu, pengundi berumur 18 hingga 20 tahun pada PRU-15 lepas hanya meliputi 3.2 peratus daripada keseluruhan 21.1 juta pemilih berdaftar atau hanya sekitar 676,070 dan selebihnya adalah golongan individu yang sudah berusia 21 tahun ke atas,” jelas kenyataan Undi18.

Sehubungan itu,  kenyataan Norma Awang  tersebut adalah  tidak berasas malah dianggap sebagai berat sebelah hanya kerana keputusan PRU-15 yang lepas tidak memihak kepada mereka secara keseluruhan.

“Mereka perlu bermuhasabah dengan menilai semula punca penolakan rakyat serta mencari formula terbaharu dalam menarik sokongan golongan ini dan bukannya menuding jari kepada mereka.

“Setiap parti politik seharusnya meraikan demokrasi dengan penglibatan lebih ramai segment golongan masyarakat dengan memperluaskan skop tersebut dan bukannya dengan mengecilkan lagi penglibatan rakyat dalam demokrasi,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Undi18 mencadangkan pelbagai usaha bagi pendedahan advokasi terhadap pendidikan pengundi dan demokrasi perlu diterapkan lebih awal khususnya pengundi baru dan ia tidak terhad kepada mereka yang baru mencapai umur 18 tahun sahaja.

Undi18 berpendapat anak muda hari ini lebih bersifat terbuka dan fleksibel dalam membuat pertimbangan maka ruang dan peluang calam demokrasi perlu diberikan kepada mereka.

 Isu kematangan seseorang bukanlah bergantung kepada usia sahaja kerana hari ini telah terbukti ramai anak muda tempatan yang telah menempa nama di persada dunia dalam pelbagai bidang,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.