Belum dapat tawaran stesen televisyen tahun ini - Azwan Ali

Belum dapat tawaran stesen televisyen tahun ini – Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara sensasi, Azwan Ali memaklumkan dia belum menerima sebarang tawaran pengacaraan daripada mana-mana stesen televisyen tahun ini.

Walaupun begitu, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak pernah berkecil hati sebaliknya sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.

“Untuk pengacaraan memang sedih dan sendu. Tahun ini memang saya hilang daripada skrin televisyen sebab perlu terima hakikat belum ada stesen yang bagi tawaran.

“Memang saya akan ‘tenggelam’ sebab tiada produksi yang panggil lagi. Semuanya ada hikmah,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Azwan yang sinonim dengan ayat ‘see my level’, dia tetap bersyukur kerana masih menerima jemputan menjadi pengacara majlis di dalam dan luar negara.

Katanya, permintaan jualan rendangnya juga sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

“Saya baru sahaja pulang dari Singapura memenuhi undangan dalam sebuah majlis di sana. Alhamdulillah, tetamu sangat terhibur dengan penyampaian saya dan sentiasa bergelak-tawa dari awal majlis.

“Saya juga masih menjual rendang seperti biasa dan menerima permintaan sehingga hari ini,” katanya.

Kemunculan Azwan sebagai pengacara semasa program Lagu Cinta Kita 2 di TV3, tiga tahun lalu, ternyata mengubat kerinduan peminat industri hiburan yang rata-rata memberikan komen positif.

Azwan yang digandingkan bersama Elly Mazlein ketika itu berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan keletah lucu pengacaraannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.