Bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak akan sertai GRS

Bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak akan sertai GRS

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah tidak akan menyertai parti baharu yang akan diterajui Datuk Seri Hajiji Noor iaitu Gagasan Rakyat Sabah (GRS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, mereka akan kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Status kami kekal sebagai ahli kepada GRS, kita tidak akan sertai parti baharu, Gagasan Rakyat kerana undang-undang tidak membenarkan. Jadi, kita akan kekal sebagai ahli langsung GRS.

“Sebagaimana sebelum pilihan raya, kita telahpun menjadi ahli secara langsung kepada GRS,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status empat bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah itu pada masa ini.

Hari ini, Hajiji mengumumkan akan melancarkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam masa terdekat selepas beliau mengetuai sebahagian daripada pemimpin Bersatu Sabah keluar daripada parti berkenaan pada 9 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Papar itu berkata, tindakan pemimpin Bersatu membawa kes empat bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah itu ke mahkamah merupakan hak parti tersebut.

“Kita serahkan kepada mahkamah untuk memutuskan, itu hak mereka walaupun Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan sebab di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hak dan keputusan terletak kepada Speaker.

“Jadi, sekiranya ada pihak berkenaan masih tidak puas hati maka, itu hak mereka untuk mengajukan perkara itu kepada platform lain,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November lalu, keempat-empat bekas Ahli Parlimen Bersatu itu ialah Armizan, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau) bertanding di bawah tiket GRS.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini, mereka belum menerima sebarang notis mahkamah mengenai tindakan pemimpin Bersatu mengenai perkara tersebut.

Pada 17 Januari lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah.

Muhyiddin menyatakan Speaker telah tersilap dalam membuat tafsiran berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah.

Ends.

300123-Sbh-armizanGagasan

ARMIZAN MOHD. ALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya