Babak panas dalam Pulau telah dipotong - Penerbit - Utusan Malaysia

Babak panas dalam Pulau telah dipotong – Penerbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Pulau, Fred Chong memaklumkan, pihaknya telah mengambil langkah memotong babak panas yang mencetuskan kontroversi , baru-baru ini untuk memastikan produksi tersebut tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Justeru, Fred berharap, masyarakat tidak pantas membuat andaian sebelum menonton keseluruhan filem tersebut yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Mac depan.

“Kami tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Malah, segala bahan promosi seperti treler, poster dan filem Pulau sendiri telah melalui proses pemerhatian oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan senarai wajib tayang Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Semua babak yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum telah dipotong. Kami yakin dengan ketelusan dan profesionalisme pihak LPF, malah kami hormati keputusan lembaga berkenaan.

“Apa yang dipertontonkan melalui treler tersebut hanyalah satu peratus daripada keseluruhan filem. Saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh,” katanya dalam kenyataan.

Filem Pulau mencetuskan kontroversi selepas beberapa adegan panas dalam treler produksi tersebut tular di media sosial.

Dalam kenyataan sama, Fred turut menyuarakan terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap filem tersebut.

“Terima kasih saya ucapkan kerana berminat dengan filem Pulau yang dihasilkan WebTVAsia dengan kerjasama Filmforce dan My Way Pictures.

“Sambutan yang kami terima untuk filem ini sangat luar biasa bermula daripada sidang akhbar dan tayangan rasmi treler yang diadakan 12 Januari lalu . Bagaimanapun tidak dinafikan kami juga menerima komen negatif,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya