Azlan Amran dilantik Timbalan Naib Canselor USM

Azlan Amran dilantik Timbalan Naib Canselor USM

AZLAN AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Azlan Amran dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) institusi pengajian tinggin itu selama tiga tahun berkuat kuasa 1 Februari ini.

USM dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menggantikan Prof. Dr. Md. Roslan yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 30 November tahun lalu.

“Azlan, 51, adalah siswazah Kedoktoran Perakaunan (Ph.D Accounting) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Perakaunan (MBA Accounting) dari Universiti Malaya sebelum memulakan kerjaya sebagai pensyarah USM pada tahun 2006.

“Anak sulung anggota polis daripada empat orang beradik itu mempunyai kepakaran luas dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (Amalan dan Pelaporan) serta Laporan Bersepadu dan Tadbir Urus,” kata kenyataan itu semalam.

Jelas kenyataan itu lagi, beliau terlibat dalam pelbagai jawatan kuasa peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti Institut Integriti Malaysia, SIRIM, Asian Academy of Management (AAM) dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st century organization (ABEST21).

“Azlan juga adalah ahli Lembaga Pengarah The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) International, sebuah badan akreditasi elit antarabangsa yang berpangkalan di Tampa, Florida, Amerika Syarikat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.