‘Ayahanda Zul’ ditahan ugut bunuh pegawai, anggota polis

‘Ayahanda Zul’ ditahan ugut bunuh pegawai, anggota polis

ROHAIMI MD. ISA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Ayahanda Zul’ yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, suspek yang berusia 53 tahun itu diberkas ketika dalam satu serbuan polis  di sebuah rumah di Bangi, Selangor pada 2 Januari lalu.

Katanya, ugutan bunuh dibuat suspek dipercayai ada kaitan dengan operasi polis terhadap aktiviti pengedaran dadah yang didalangi kumpulannya di daerah Dungun.

“Pada awalnya kami menerima laporan polis dan membuka kertas siasatan pada 24 November lalu menyebabkan suspek melarikan diri dan bersembunyi di beberapa buah negeri.

“Ketika dalam buruan, ‘Ayahanda Zul’ secara terus menerus membuat ugutan melalui aplikasi WhatsApp, selain turut mencabar pihak berkuasa menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dengan sindiket dadah di bawah pertubuhan haram dan melindungi pekerja asing tanpa permit yang sah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman  empat hari sehingga 5 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN