Warga emas ditemukan meninggal dunia selepas jiran terhidu bau busuk

Warga emas ditemukan meninggal dunia selepas jiran terhidu bau busuk

video seks
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang warga emas ditemukan di dalam sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, dekat sini semalam.

Mangsa berusia 76 tahun itu ditemukan jirannya pukul 6.26 petang semalam selepas tidak tahan bau busuk dari rumah terbabit.

Jiran yang hanya ingin dikenali Along, 34, berkata, bau itu mula disedari jiran dari hari Isnin dan dia juga ketika itu baru tiba dari Kuala Lumpur selepas pulang berhari raya.

Menurutnya, rumahnya dan rumah bapanya bersebelahan dengan rumah mangsa dan jiran ada maklumkan terbau busuk.

“Mereka juga bagitahu anak mangsa tidak pulang ke rumah. Kami pada awalnya menyangka anaknya akan pulang tetapi selepas tiga hari bau itu semakin kuat.

“Saya dan ayah bersama jiran kemudian memeriksa rumah itu dan mendapati pintu pagar tidak berkunci malah cuba mencari kemungkinan bau busuk itu disebabkan bangkai tikus namun tidak jumpa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Along berkata, mereka kemudian membuka pintu rumah yang tidak berkunci dan melihat wanita warga emas itu terbaring ditutupi rapi.

“Mak cik itu hanya tinggal berdua dengan anak bongsu lelakinya dan kebiasaannya arwah akan mengetuk pintu rumah jiran-jiran meminta makan jika lapar sementara menunggu anaknya pulang ke rumah.

“Selepas menemukan mayatnya kami kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail mengesahkan menerima maklumat berkaitan kejadian penemuan mayat wanita warga emas pukul 6.30 petang.

“Bedah siasat sudah dijalankan 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca kematian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN