Apa jua istilahnya, tetap rasuah politik - Ahmad Zahid

Apa jua istilahnya, tetap rasuah politik – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berbual dengan exco negeri luar bandar selepas Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri KKDW dan Exco Exco Luar Bandar di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kenyataannya berhubung ‘sedekah’ itu rasuah politik bukan diputar belit tetapi berdasarkan ketetapan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pernah menyatakan bahawa apa sahaja bentuk pemberian ketika kempen pilihan raya dan apa jua istilahnya, ia tetap rasuah politik walaupun namanya sedekah.

“Kenyataan dibuat Azam harus dijadikan satu panduan. Ini bukan putar belit, ini kenyataan rasmi bertulis Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahaya menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid berhubung ‘sedekah’ itu rasuah dilihat mengelirukan orang awam.

Ahmad Zahid sebelum ini menyelar sikap ‘double standard’ Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahan tindakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) sebagai satu sedekah.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau menegaskan bahawa pemberian wang ketika PRU15 lalu sebagai satu sedekah dan ia adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, beliau mahu semua parti politik komited untuk bersama-sama melakukan keterlibatan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Menurutnya, RUU itu menjadi salah satu daripada akta yang menjadi sebahagian manifesto parti politik pada PRU15 yang lalu.

“Jika RUU itu tidak melibatkan perlembagaan tentu ianya hanya perlu suara majoriti sahaja, bukan suara dua pertiga,” katanya.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya