Angkat peranan SPRM melalui penyertaan GlobeE Network

Angkat peranan SPRM melalui penyertaan GlobeE Network

PENYERTAAN SPRM di dalam Globe Network membolehkan badan penguatkuasaan itu memperoleh lebih pendedahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan terus berusaha untuk memperkasakan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mencadangkan mereka untuk menyertai badan antarabangsa iaitu The Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobeE Network).

GlobeE Network merupakan sebuah platform antarabangsa berperanan menjadi medium pertukaran idea dan pendapat dalam kalangan barisan penguat kuasa undang-undang anti rasuah seluruh dunia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan SPRM di dalam Globe Network itu membolehkan badan penguatkuasaan itu memperoleh lebih pendedahan sekali gus memperkuatkan urusan mereka.

“Kita mahu angkat peranan SPRM, jadi anjurkan mereka terlibat dalam badan antarabangsa GlobeE Network, pendedahan itu dapat memperkuat urusan mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.