ADUN BN tarik sokongan terhadap Hajiji - Utusan Malaysia

ADUN BN tarik sokongan terhadap Hajiji

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah sebulat suara menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat bersama ADUN dan pimpinan UMNO Sabah malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Hajiji yang dilihat melanggar perjanjian persefahaman dengan BN susulan keputusan Ketua Menteri Sabah menamatkan lantikan ADUN BN sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malah, katanya, Hajiji mengugut dengan rombakan Kabinet negeri tanpa berunding terlebih dahulu dengan pimpinan BN Sabah.

Hari ini, Ketua Menteri Sabah itu bertindak mengeluarkan surat menamatkan lantikan Datuk Seri Salleh Tun Said sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

“Keputusan kami sebulat suara, UMNO-BN menarik diri dan menarik sokongan terhadap Hajiji selaku Ketua Menteri, kami sudah hilang kepercayaan.

“Selepas Hajiji keluar daripada Bersatu, kami telah berbincang dengan beberapa peguam dan peguam telah maklumkan bahawa Hajiji telah kehilangan local standi atau tiada kelayakan untuk dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan malam ini.

BUNG MOKTAR RADIN

Bung Moktar mendakwa, Hajiji bukan lagi ketua parti politik bagi maksud Fasal 6(7) Perlembagaan negeri Sabah apabila beliau telah mengisytiharkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), iaitu pihak di dalam perjanjian persefahaman politik.

Menurut beliau, dengan penarikan sokongan kepercayaan itu, Hajiji Noor telah hilang majoriti di dalam DUN dan tidak berkelayakan untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Menurut Bung Moktar, BN bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas untuk bekerjasama dengan mereka.

Ditanya jika tindakan menarik sokongan itu menyebabkan DUN Sabah dibubarkan, Bung Moktar menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membuat keputusan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya