Abang terkejut jumpa adik mati terbaring

Abang terkejut jumpa adik mati terbaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang abang terkejut apabila menemukan adik lelakinya dalam keadaan tidak bernyawa di tepi sebuah kedai di Taman Kenari, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, lelaki berusia 52 tahun itu menghubungi ambulan setelah menjumpai adiknya terbaring, namun disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, berdasarkan maklumat, mangsa berusia 47 tahun itu merupakan seorang penganggur.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai bersama dengan abangnya berada di tepi kedai terbabit yang berhampiran pondok didiami si mati kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Namun tiga jam kemudian ketika abang si mati kembali semula ke kedai itu, dia menemukan adiknya terbaring di tepi kedai itu lalu menghubungi ambulan dan pihak polis.

“Siasatan awal mendapati tiada penemuan apa-apa kecederaan pada badan si mati dan mayat dibawa ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.