85 peratus kes daftar mahkamah syariah selesai secara sulh

85 peratus kes daftar mahkamah syariah selesai secara sulh

MOHD. Nai'im Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kira-kira 85 peratus kes yang didaftarkan di kesemua 114 buah mahkamah syariah di seluruh negara berjaya diselesaikan dengan baik melalui prosiding secara sulh bagi tempoh 2019 hingga akhir tahun lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na;im Mokhtar, ia melibatkan sejumlah 32,718 kes daripada keseluruhan 38,683 kes yang meliputi tuntutan mutaah, nafkah anak, harta sepencarian pasangan dan pelbagai ganti rugi lain.

“Bayangkanlah jika tiada kaedah sulh dan semua itu dibicarakan di mahkamah, berapa banyak masa kena buang dan kes tertunggak sedangkan ia boleh selesai harmoni,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Sulh Mediasi dan Pelancaran Skuad Sulh di Pusat Konvensyen Movenpick, di sini hari ini.

Sulh merupakan kaedah penyelesaian konflik secara damai yang diamalkan ajaran Islam lebih 1,400 tahun dahulu dengan mengutamakan pendekatan lestari dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, meskipun kaedah toleransi berdasarkan ajaran Islam itu masih baharu, trend permintaan terhadap pendekatan tersebut pula semakin positif.

“Impian saya untuk lihat kelak kaedah adversarial dengan dua pihak berlawan di mahkamah akan kurang dan tiada lagi ayat ‘See you in court’ (jumpa awak di mahkamah),” katanya.

Walaupun pada ketika ini ujar beliau, hanya terdapat seramai 88 pegawai sulh di kesemua mahkamah syariah, prestasi mereka menyelesaikan kes secara sulh itu amat luar biasa sekali gus mengurangkan lambakan kes untuk dibicarakan di hadapan hakim apabila pihak bertelagah dapat menyegerakan penyelesaian dan menegakkan keadilan.

Tambahan pula katanya, pegawai sulh yang ditempatkan di mahkamah syariah adalah terlatih dengan sebahagian besar memiliki sijil kemahiran mediasi, asas psikologi dan lain-lain.

Menyentuh hala tuju lepasan Sijil Kemahiran Sulh Mediasi, Mohd. Na’im berkata, mereka akan menyertai Skuad Sulh dan boleh menjadi alat sokongan pegawai sulh di mahkamah.

USIM yang menjadi perintis pensijilan itu katanya, akan meneruskan lagi usaha dengan JKSM bagi menambah graduan mahir dalam aspek sulh dan diserapkan dalam masyarakat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya