'50 memohon, hanya 1 yang layak'

’50 memohon, hanya satu yang layak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 50 permohonan diterima Rizman Ruzaini daripada individu untuk berkhidmat sebagai pereka junior dengan jenama itu, namun hanya seorang yang layak dan berkualiti.

Pereka dan pengasas jenama syarikat, Rizman Nordin berkata, kebanyakan pemohon hanya tertarik dengan persekitaran kerja dikelilingi selebriti dan dunia glamor, bukannya membawa jenama ke peringkat lebih tinggi.

“Antara kriteria dicari dalam kalangan pemohon ialah individu yang mempunyai kualiti dan berkemampuan membawa jenama yang sudah bertapak lebih 17 tahun dalam dunia peragaan itu ke peringkat lebih tinggi.

“Namun masa sesi temuduga itu, yang datang terlalu ramai tetapi sayangnya tiada kualiti. Ada calon yang merasakan peragaan ini adalah dunia glamor dan teruja dapat bekerja dengan artis semata-mata, sedangkan tanggapan itu salah.

“Ini adalah dunia perniagaan. Glamor itu akan datang kemudian. Ada juga graduan yang baharu tamat belajar datang temuduga tetapi akhirnya terpulang kepada kami bagaimana untuk mengasah dan membentuk bakat mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, gandingan pereka duo yang turut diterajui oleh Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil memaklumkan dalam pemilihan pereka junior, hanya Akmal Hakim Ajirul, 28, yang layak, sekali gus diberi tanggungjawab dalam menghasilkan koleksi pakaian utama dan pengantin di bawah jenama Rizman Ruzaini.

Akmal, berasal dari Sandakan, Sabah menepati kriteria yang dicari selain berpengalaman bekerja dengan agensi peragaan.

“Masa awal temuduga itu kita sudah nampak potensi Akmal untuk membawa jenama Rizman Ruzaini. Bila dia melakar rekaan pakaian, hanya sedikit sahaja yang kami perlu ubah. Ini bermakna dia sudah mempunyai templat jenama ini.

“Semasa sesi penilaian dilakukan, kami turut berlakon sebagai pelanggan yang sedang mencari pakaian pengantin. Kami mahu melihat bagaimana calon melayan pelanggan.

“Sudah tentu kami akan ke luar negara atas urusan kerja. Waktu itu, Akmallah yang akan menjaga urusan perniagaan di Malaysia. Senang cerita, kalau Rizman Ruzaini sudah tiada, dia adalah individu yang akan mewarisi jenama ini,” katanya yang menyasarkan untuk jenama berkenaan mampu menembusi pasaran antarabangsa kelak.

Mengakui tidak mudah untuk kekal dan bertahan lama sebagai pereka fesyen, Rizman berkata, pihaknya turut merancang untuk mencari beberapa pereka baru sebagai meneruskan legasi jenama itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.