370 kenderaan diperiksa lepas asap hitam - Utusan Malaysia

370 kenderaan diperiksa lepas asap hitam

ANGGOTA JAS dan polis menahan sebuah lori pada operasi pelepasan asap hitam di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Terengganu memeriksa sebanyak 370 kenderaan pada dua operasi pelepasan asap hitam di Setiu dan Dungun, semalam.

Pengarahnya, Ramli Abd. Rahman berkata, JAS mengeluarkan sebanyak tujuh notis arahan dan tiga kompaun kepada pemilik kenderaan yang dikesan melepaskan asap hitam pada dua operasi tersebut.

Menurutnya, kesemua kenderaan itu telah diperiksa secara visual dan enam daripadanya telah menjalani ujian meter asap.

“Notis arahan dan kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sehubungan itu, pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 12 anggota penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor JAS negeri Terengganu dan 10 pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu serta daerah Dungun terlibat dalam operasi tersebut.

Katanya, operasi itu juga turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

“JAS Terengganu akan meneruskan operasi seperti ini secara berkala untuk memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan untuk sentiasa mematuhi pelepasan asap hitam melalui ekzos kenderaan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

“Ini kerana pelepasan asap hitam berlebihan berisiko memberi kesan buruk kepada kualiti udara dan kesihatan manusia serta alam sekitar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya