22 syarikat terima Lesen Pengelola Jemaah Haji

22 syarikat terima Lesen Pengelola Jemaah Haji

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sd.n Bhd. untuk musim haji tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, proses pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta berwibawa supaya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.

Katanya, mana-mana syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Musim haji kali ini, terdapat syarikat PJH yang baru diluluskan lesen bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada bakal haji.

“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji yang berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja.

 “Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka selepas menerima surat tawaran menunaikan haji,” kata beliau semasa majlis penyerahan Lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Syed Salleh juga memberi amaran keras jika ada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta TH.

“Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai Lesen PJH mengiklankan tawaran pakej haji atau mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995

“Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menggunakan visa haji bagi mengerjakan haji dan bukan visa pelancongan yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.” katanya.

Semua wakil PJH diberi taklimat mengenai Terma dan Syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1444H/2023. Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh dirujuk di laman web rasmi TH http://www.tabunghaji.gov.my dan seperti terlampir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya