22 emas jadi rebutan acara sepak takraw di Sukan SEA Kemboja

22 emas jadi rebutan acara sepak takraw di Sukan SEA Kemboja

LIGA Sepak Takraw (STL) terus mendapat tempat di hati peminat sukan tanah air negara.- UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 22 pingat emas bakal menjadi rebutan buat kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara sepak takraw pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Datuk Abdul Halim Kader, jumlah pingat itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Penganjuran Sukan Sea di Phnom Penh.

“Ia menjadi satu sejarah dalam sepak takraw di Sukan SEA kali ini apabila acara chinlone mendapat kelulusan untuk dipertandingkan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Kemboja,” kata Abdul Halim dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Halim, Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea diwakili oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Kemboja dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sukan Sea Kemboja, Vath Chamroeun, manakala beliau mewakili Astaf.

“Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu turut dihadiri Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat dan dalam masa yang sama buku panduan Teknikal Sepaktakraw dan Chinlone untuk Sukan Sea 2023 diluluskan oleh Astaf selepas mesyuarat,” katanya.

Selain itu katanya, setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh menyertai maksimum tiga acara lelaki dan dua acara wanita namun, negara tuan rumah dibenarkan memasuki semua acara.

“Pasukan lelaki dibenarkan maksimum menyenaraikan seorang pegawai, dua jurulatih, 12 pemain, manakala pasukan wanita membabitkan maksimum seorang pegawai, dua jurulatih dan sembilan pemain.

“Setiap pasukan yang mewakili NOC masing-masing dalam acara sepak takraw diwajibkan membawa seorang pengadil Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) atau seorang pengadil Astaf,” katanya.

Bagi saingan chinlone pula katanya, setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh menyertai maksimum tiga acara lelaki, dua wanita dan dua campuran.

“Ketiga-tiga pasukan lelaki, wanita dan campuran hanya boleh menyenaraikan maksimum dua jurulatih dan 12 pemain termasuk dua simpanan. Dua pemain simpanan bagi acara campuran membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita. 

“Setiap pasukan sekurang-kurangnya perlu mempunyai enam pemain untuk memulakan perlawanan jika kurang daripada itu penyertaan akan dibatalkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya