Yadim hulur bantuan kepada mangsa banjir - Utusan Malaysia

Yadim hulur bantuan kepada mangsa banjir

NASRUL Hadi Saidi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Bukit Nanas, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Prihatin dengan nasib malang menimpa mangsa banjir, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu tidak ketinggalan turun padang menghulurkan bantuan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah-daerah terlibat.

Pengarah Yadim Terengganu, Nasrul Hadi Saidi, berkata, pihaknya telah memulakan inisiatif dalam misi bantuan 2022 dengan menyerahkan bantuan makanan segera di PPS.

Menurutnya, pada peringkat awal, sejumlah RM10,000 diperuntukkan oleh Yadim Terengganu bagi meringankan beban mangsa, selain mengaktifkan 300 sukarelawan di seluruh negeri.

“Selain itu Yadim negeri Terengganu juga telah bersedia dengan unit ‘mobile’ pacuan empat roda serta pasukan memasak sekiranya keadaan memerlukan di PPS.

“Buat masa ini, kami mengagihkan kit makanan yang boleh dimakan segera oleh mangsa banjir seperti biskut, roti, mee segera dah teh,” katanya.

Nasrul Hadi berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan daripada Yadim Terengganu kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nanas di sini, hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini, Yadim negeri itu telah menyerahkan kit bantuan makanan di PPS SK Chendering dan SK Atas Tol di Kuala Terengganu serta SK Tok Jembal di Kuala Nerus.

“Kami merancang untuk meluaskan lagi program misi bantuan banjir ini ke daerah-daerah lain yang terkesan tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya