TANAH MERAH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) terpaksa meredah banjir dengan kerusi roda sejauh satu kilometer (km) dalam keadaan hujan lebat selepas rumahnya di Kampung Padang Kijang dekat sini, ditenggelami air. Mengimbau detik cemas itu, Norazlinda Deraman, 31, berkata, air mula naik di kawasan rumahnya sekitar pukul 4.30 pagi, Ahad lalu. Menurutnya, susulan itu dia telah menghubungi anggota pasukan keselamatan beberapa kali untuk mendapatkan bantuan, namun mereka menghadapi kesukaran…










