UMNO parti diktator jika dua jawatan tertinggi tidak dipertanding

UMNO parti diktator jika dua jawatan tertinggi tidak dipertanding

NOOR HAIRI NOOR MOHAMMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO akan dianggap sebuah parti diktator dan bukan lagi mengamalkan demokrasi jika usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, malah, jika ada usaha sedemikian benar direalisasikan, maka ia pasti akan mengakibatkan kesan amat buruk kepada UMNO.

Beliau menjelaskan, pertandingan untuk jawatan Presiden ini perlu supaya suara akar umbi dapat diterjemahkan dalam bentuk undi sekali gus membuktikan legitimasi jawatan Presiden itu sendiri.

“Presiden ketika ini sering berkata jika hendak bersuara perlu melalui jalan yang sepatutnya antaranya ialah di Perhimpunan Agung UMNO.

“Tetapi beliau sendiri tidak mengikut apa yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO, jadi pada pandangan saya beliau tidak layak lagi untuk memimpin UMNO, apatah lagi ingin mengemukakan usul jawatan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin turut membuat gesaan sama agar semua jawatan dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Sebelum itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, UMNO akan menjadi sebuah parti tidak lagi demokratik jika tunduk kepada usaha pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, Noor Hairi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar berkata, umum mengetahui bahawa asas penolakan rakyat di PRU15 kepada UMNO-BN adalah disebabkan Presiden itu sendiri, dan beliau sendiri berkali-kali menyatakan Presiden UMNO wajar meletakkan jawatan sebelum PRU15.

Katanya, dengan tindakan Presiden sebelum dan selepas PRU15 jelas menunjukkan Presiden UMNO itu sendiri merupakan liabiliti kepada parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya