PETALING JAYA: Tempoh masa singkat untuk menghabiskan sukatan pelajaran bukan masalah utama yang perlu diberi tumpuan sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia mahu mengembalikan sesi persekolahan ke awal tahun. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, silibus pembelajaran boleh diubah suai kerana pihak kementerian membina silibus bersifat ansur maju. Beliau berkata, kaedah itu bermakna sukatan pelajaran terbahagi kepada beberapa peringkat prestasi murid…










