Tragedi tanah runtuh: Kertas siasatan akan diserah kepada DPP

Tragedi tanah runtuh: Kertas siasatan akan diserah kepada DPP

OPERASI SAR mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm berjaya menemukan mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki selepas hari kesembilan usaha itu dijalankan 24 Disember lalu. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 16 Disember lalu kini dalam proses untuk dilengkapkan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, sebaik siasatan berkenaan selesai dilengkapkan dari pelbagai sudut barulah kertas siasatan itu dihantar ke Pejabat Peguam Negara (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita masih dalam proses untuk lengkapkan siasatan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 77 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka yang dipanggil terdiri daripada pengusaha dan pekerja tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm serta waris serta mangsa terlibat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, ditamatkan pada pukul 12 tengah 24 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan ‘flushing’ dan ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Penamatan itu dibuat setelah semua pihak bersetuju tiada lagi mangsa yang belum ditemukan.

Polis juga telah muktamadkan bilangan mangsa terlibat tragedi itu seramai 92 mangsa dengan 61 berjaya diselamatkan dan 31 meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN