Tragedi tanah runtuh: 16 maut, 17 belum ditemukan - Utusan Malaysia

Tragedi tanah runtuh: 16 maut, 17 belum ditemukan

ANGGOTA polis membawa mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Hospital Selayang. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam laporan terkininya setakat pukul 1 petang memaklumkan, seramai 16 orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Menurut JBPM, 17 lagi mangsa belum ditemukan.

Jumlah mangsa yang didaftarkan adalah seramai 94 orang dengan 61 dilaporkan selamat.

Operasi menyelamat masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN