Tiga maut kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan dua kereta

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga orang maut di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, mangsa yang maut terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam kereta yang sama mengalami kecederaan manakala wanita yang memandu sebuah lagi kenderaan jenis Chevrolet mengalami kecederaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 11.13 malam. Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan mengakibatkan sebuah daripadanya iaitu kenderaan jenis Chevrolet terbakar 80 peratus.

“Kemalangan menyebabkan tiga orang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala tiga mangsa lagi mengalami kecederaan, tiada mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya