Tiada keperluan isytihar darurat iklim, situasi masih terkawal

Tiada keperluan isytihar darurat iklim, situasi masih terkawal

SAIFUDDIN Nasution Ismail (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Alor Pasir, Tanah Merah, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kerajaan menetapkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat iklim di seluruh negara memandangkan situasi banjir ketika ini masih lagi terkawal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengisytiharan itu memerlukan beberapa proses dan keadaan tertentu selain penilaian daripada pihak yang bertanggungjawab yang membuat keputusan apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, saya fikir keseluruhan operasi terkawal dan berjalan baik berdasarkan laporan yang diberi secara berkala termasuk semasa mesyuarat jemaah menteri semalam.

“Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku orang yang dipertanggungjawabkan memberi laporan yang komprehensif mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Alor Pasir, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar kerajaan mengsytiharkan darurat iklim dan menggerakkan usaha yang radikal bagi membincangkan langkah-langkah mitigasi banjir segera untuk membendung dan mengurangkan risiko dan impak banjir yang sedang melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Pengisytiharan darurat iklim di seluruh negara merupakan sebagai usaha menangani dan mengurangkan risiko bencana alam yang sedang melanda di kebanyakan tempat di seluruh negara. 

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan turut memberi tambahan tiga aset udara dengan dua unit di Kelantan dan satu unit di Terengganu. 

“Selain itu, kita turut menggesa mangsa banjir yang terlibat supaya memberi kerjasama yang baik atas dua perkara iaitu mereka diminta untuk segera berpindah ke PPS.

“Keduanya, PPS diharap jangan terdedah kepada penyakit selepas banjir memandangkan sumber air bersih mungkin terjejas. Perkara itu juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan melalui agensi bertanggungjawab” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya