PETALING JAYA: Pasukan daripada Kementerian Kerja Raya kini berada di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dan Genting Highlands.
Dianggarkan seramai 100 orang menjadi mangsa dalam kejadian itu dan sehingga kini 31 mangsa berjaya ditemukan manakala selebihnya dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pasukan daripada kementerian itu berada di lokasi bagi mendapatkan laporan terperinci dan menyalurkan bantuan atas kapasiti kementerian.
“Saya sendiri akan turun meninjau kawasan terbabit hari ini.
“Saya merasa amat sedih di atas kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali awal pagi ini.
“Saya berdoa semua mangsa yang belum ditemukan dapat dijumpai dengan selamat,” katanya. – UTUSAN










