Tambang feri dikurang RM20 sehala buat penduduk Pulau Tioman - Utusan Malaysia

Tambang feri dikurang RM20 sehala buat penduduk Pulau Tioman

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) beramah mesra dengan nelayan di Restoran Nelayan Kampung Jawa di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kira-kira 60 peratus tambang feri buat penduduk di Pulau Tioman kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, berkuat kuasa Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia membabitkan peruntukan RM500,000 yang akan memanfaatkan 3,600 penduduk di pulau peranginan tersebut.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pelbagai rungutan daripada penduduk di Pulau Tioman termasuk harga tambang feri yang dikatakan membebankan.

“Berkenaan tambang feri, saya tanya mereka (penduduk Pulau Tioman), berapa sebenarnya mereka mampu, rata-rata menyatakan RM20.

“Saya pun sempat mengkaji seketika berbincang dengan pegawai kewangan negeri implikasi kewangan sekiranya saya mengumumkan harga dari RM50 ke RM20.

“Ia hanya melibatkan implikasi kewangan RM500,000, saya bersetuju dan terus mengumumkannya semalam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kampung Jawa di Restoran Nelayan di sini hari ini.

Kadar tambang baharu tersebut hanya membabitkan laluan antara Jeti Tanjung Gemuk di daerah ini untuk ke Pulau Tioman.

Harga tambang penumpang dewasa bukan penduduk Pulau Tioman dan pelancong kekal RM60 sehala.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan meluluskan pembinaan klinik dengan kemudahan wad bersalin dan pergigian bagi memudahkan penduduk Pulau Tioman untuk mendapatkan rawatan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.