Tambah peruntukan lebih besar kepada TEKUN Nasional

Tambah peruntukan lebih besar kepada TEKUN Nasional

MUHAMMAD ZULHILMI MOHD. SHEE FEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict supaya mencadangkan peruntukan lebih besar kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula tahun hadapan.

Penyelaras Pejuang Muda Putrajaya, Muhammad Zulhilmi Mohd. She Fee berkata, langkah itu penting bagi memastikan usahawan dan peniaga kecil dan sederhana dapat bertahan dan mampu membuat persediaan rapi bagi menghadapi situasi ekonomi tahun hadapan yang diramal mencabar.

“Dalam Bajet 2023, kami dapati terdapat pengurangan peruntukan yang bakal disalurkan kepada usahawan-usahawan terutamanya golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui agensi TEKUN.

“Walhal, agensi tersebut menjadi tempat berpaut bagi rata-rata usahawan PKS yang teruk terkesan semenjak wabak Covid-19 melanda pada 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zulhilmi berkata, berdasarkan inti pati Bajet 2023, hanya sejumlah RM325 juta bakal diperuntukkan kepada agensi tersebut bagi tahun 2023 berbanding RM425 juta pada 2022.

“Pada tahun lalu, sejumlah RM425 juta diperuntukkan kepada agensi tersebut bagi membantu para usahawan mendapatkan pembiayaan perniagaan mereka.

“Difahamkan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi Skim Pinjaman Informal dan Mikro (SPIM) habis disalurkan seawal suku pertama tahun lalu sehingga memaksa diberi peruntukan tambahan RM100 juta oleh Perdana Menteri pada Jun 2022.

“Ini menunjukkan bahawa masih ramai usahawan dari golongan PKS amat mengharapkan bantuan tersebut untuk memastikan perniagaan mereka dapat terus dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya