Tahanan kurus bukan sebab layanan buruk imigresen - Saifuddin

Tahanan kurus bukan sebab layanan buruk imigresen – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan isu tiga ‘tahanan kurus kering’ di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah bukan disebabkan layan buruk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengesahkan bahawa keadaan fizikal tiga tahanan itu sudah susut sebelum dimasukkan ke depoh itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai gambar dan video yang tular mengenai kejadian tahanan di depoh berkenaan.

“Kami dapati tahanan itu bukan seorang rakyat biasa yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Ini adalah kegiatannya sebelum ditahan dan dimasukkan ke depoh yang menyebabkan fizikal badan dia susut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di JIM, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihaknya akan melakukan pemeriksaan mengejut di depoh berkenaan, Saifuddin berkata, itu adalah amalan biasa yang dilakukan jabatan itu.

“Itu memang satu amalan biasa yang dijalankan JIM dan pemeriksaan dijalankan secara berkala di semua depoh Imigresen di seluruh negara,” katanya.

Semalam, tular satu rakaman video dan gambar beberapa gambar lelaki yang kelihatan kurus kering, yang merayu meminta bantuan untuk dibebaskan daripada tahanan di depoh Kimanis.

Dalam klip berdurasi 90 saat itu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Salomon, merayu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengarah Imigresen negeri, SH Sitti Saleha Habib Yusoff untuk membebaskan mereka.

Tahanan itu mendakwa ditahan di depoh itu sejak setahun lalu dan mendakwa tidak mendapat makanan dan minuman mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.