PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, subsidi elektrik yang dinikmati oleh syarikat gergasi seperti syarikat multinasional akan disemak semula.
“Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan perkara itu.
“Walaupun diakui kesan kepada negara tinggi mencecah RM30 bilion (tidak menaikkan tarif elektrik),” katanya dalam sidang akhbar selepas meyuarat Kabinet di sini hari ini. – UTUSAN