Spilt Gravy dinobat Filem Terbaik FFM32 - Utusan Malaysia

Spilt Gravy dinobat Filem Terbaik FFM32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Al- Bakri dijulang sebagai Filem Terbaik pada kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang berlangsung penuh gemilang di Encore, di sini, malam tadi.

Spilt Gravy mengetepikan pesaing lain, termasuk Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan untuk kategori tersebut, sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 berserta trofi.

Filem itu turut unggul dengan tiga trofi lain menerusi kemenangan Zahim dalam kategori Pengarah Harapan Terbaik, Juliana Ibrahim (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Lakon Layar Terbaik.

Spilt Gravy turut menambah tiga trofi lagi apabila memenangi kategori Penyunting Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sementara itu, Ryon Lee Eng Keong dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem drama komedi, Small Town Heroes, menumpaskan pencabar terdekat termasuk Syamsul Yusof yang menyandarkan harapan kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Small Town Heroes turut terpilih sebagai penerima trofi Cerita Asal Terbaik, manakala dua pelakonnya iaitu Layla Sania Khairuzikri dan Phua Chandler, masing-masing memenangi trofi Pelakon Wanita Harapan dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Filem Mat Kilau terbitan Kembara Studio Sdn. Bhd. bagaimanapun, tidak pulang tangan kosong apabila dua pelakonnya, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy masing-masing diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Sementara itu, trofi Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Tan Chui Mui yang menyerlah menerusi filem Barbarian Invasion.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman masing-masing menjadi milik dua pelakon ikonik iaitu Mat Sentul dan Datuk Sarimah Ahmad.

FFM32 dihoskan pasangan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Awal Ashaari.

Penganjuran tahun ini turut menyaksikan persembahan bertenaga barisan penyanyi terkenal seperti Siti Nordiana, Azlan And The Typewriter, De Fam, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi.

Senarai pemenang:

* Filem Terbaik – Spilt Gravy
* Pengarah Terbaik – Ryon Lee Keong (Small Town Heroes)
* Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
* Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invasion)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)
* Lakon Layar Terbaik – Jit Murad / Datuk Zahim Al-Bakri / June Tan (Spilt Gravy)
* Cerita Asal Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
* Pengarah Harapan – Datuk Zahim Al-Bakri (Spilt Gravy)
* Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)
* Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri ( Small Town Heroes)
* Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)
* Sinematografi Terbaik – Stephen Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)
* Penyunting Terbaik – Isazaly Isa, A. Samad Hassan (Spilt Gravy)
* Poster Terbaik – Small Town Heroes
* Kesan Khas Visual Terbaik – Ma Chiau Rian / Tan Ye Xuan /Pau Tun Kai (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)
* Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most?
* Tatarias Terbaik – Malya Artwork (Rasuk)
* Rekaan Busana Terbaik – Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)
* Penataan Seni Terbaik – Raja Malek / Wong Taysy (Spilt Gravy)
* Penataan Bunyi Terbaik – Charlene Ong Chye Leng (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)
* Skor Muzik Asal Terbaik – Tan Yen Hue / Tan Shin Hwa / David Ngan Teck Wai ( Small Town Heroes)
* Lagu Tema Terbaik – Wira Hatiku (Juang)
* Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna
* Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang
* Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Datuk Sarimah Ahmad
* Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Mat Sentul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya